Make your own free website on Tripod.com

KhabarPRSS

Suara Pengarang
Gambar
Laporan
Ringkasan Aktiviti
Gambar
Komen Anda
E-mel

People climbing books

Salam sejahtera semua. Inilah julung-julung kalinya Unit Bahasa Melayu menerbitkan majalah Unit Bahasa Melayu secara elektronik. Seperti mana yang anda semua tahu, majalah Jabatan Bahasa Ibunda yang merangkumi laporan aktiviti-aktiviti dari Unit Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu telah diterbitkan melalui media cetak pada tahun-tahun yang lalu. Kali ini Unit Bahasa Melayu telah mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah majalah elektronik. Kami di sini berharap agar dapat terus memperbaiki mutu majalah ini.

Dari itu, kami di sini menyeru kepada semua anak didik di Sekolah Menengah Pasir Ris supaya tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan anda. Ura-ura untuk menubuhkan sebuah Kelab Bahasa Melayu pada tahun hadapan diharapkan akan dapat dilaksanakan dan bagi mereka yang cinta akan Bahasa Melayu amat dialu-alukan untuk menjadi perintis kelab ini. Siapa lagi yang akan memperjuangkan Bahasa Melayu kalau bukan anak Melayu sendiri ?

Lelaman Lain Yang Boleh Dikunjungi

Masih dalam proses...

Clipart of a computer; Actual size=146 pixels wide